Minyak Kasturi Kijang Asli Nur Tajalli
Minyak Kasturi Kijang Asli Nur Tajalli ini diperbuat dari bintil kelenjar kijang (Musk deer gland/pods) tanpa campuran pelarut dan bahan kimia merbahaya, ia dimasak dengan bahan-bahan asas semulajadi. Tidak akan menyebabkan sakit kepala dan pening, sangat sesuai digunakan untuk perubatan dan pendinding diri, ia merupakan pilihan terbaik untuk merawat diri dan keluarga dari gangguan makhluk halus serta ia boleh meningkatkan aura dalam diri kita. Minyak Kasturi Kijang Asli ini telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan dibacakan ayat As-Syifa Nur Tajalli
Golongan Jin amat tidak menyukai wangian dari kasturi. Sekiranya anda ada saka, gangguan makhluk halus atau disantau, anda perlu hidu dan calit sahaja. Gunakanlah secara konsisten. Jika ada perkara yang berkaitan, anda akan termuntah sekali dengan bahan-bahan sihir dengan izin Allah.
Perbezaan Kasturi Kijang Asli Nur Tajalli dengan Kasturi Kijang lain:
Gred premium dibuat dari darah / bintil kelenjar kijang sebenar.
Tanpa campuran bahan pelarut dan ia semestinya wangian asli dari bintil kelenjar kijang.
HALAL & BERSIHNYA KASTURI (al-Misk)
Telah berpendapat para ulama' bahawa kasturi itu halal lagi bersih. Dibolehkan untuk memakannya dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa keadaan sama ada dalam bentuk makanan dan juga perubatan sama ada darurat ataupun tidak. Ini kerana sesungguhnya darah yang pada asalnya telah bertukar (berlaku proses istihalah) kepada sesuatu yang baik dan menjadi bersih. Dalam sebuah hadith Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum. Riwayat Muslim (2252)
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi).
Riwayat Al-Tirmizi (991). Telah berkata Abu Isa al-Tirmizi bahawa hadith ini Hasan Sahih.
Al-Qadhi 'lyadh Rahimahullah di dalam kitabnya Ikmal al-Mu'lim bi Fawaid Muslim iaitu syarah kepada Sahih Muslim mengatakan bahawa hadith di atas menjadi dalil akan bersihnya kasturi dan dibolehkan untuk menggunakannya. [Lihat Ikmal al-Mu'lim bi Fawaid Muslim. Dar al-Wafa', 7/193]
MANFAAT KASTURI KIJANG:
Mengatasi gangguan jin, sihir, santau & saka
Mengatasi hysteria
Menyedarkan orang yang pengsan
Menenangkan jiwa
Menghilangkan rasa gementar
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
Menghilangkan debaran jantung
Mencerdaskan akal
Menghilangkan sesak nafas Melegakan lelah (asma)
Memperkuatkan organ dalaman
Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
Mencegah wabak penyakit
Menghindarkan dari angin ahmar
Menghilangkan sakit kepala
Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
Meningkatkan pheromone daya tarikan seksual dalam Rumahtangga
PERINGATAN!
Simpan minyak KASTURI KIJANG ini ditempat yang tinggi agar tidak dilangkah oleh orang kerana minyak KASTURI ini telah dibacakan ayat SYIFA dan dibacakan DOA